Monday, 27 October 2014

  

Shallom dan Salam Keamanan. Suka saya berkongsi tentang pandangan saya sendiri yang telah lama melihat perubahan demi perubahan di dalam Gereja Katolik, khususnya di dalam Paroki St. Edmund Kota Belud. Dalam post ini, saya ingin menyentuh tentang 'Koir Misa Kudus'. Siapa dan apa tujuan dan peranan koir dalam Misa Kudus?



 Saya telah dilahirkan dalam keluarga Katolik, dan semenjak kecil saya melalui Misa Kudus dan semenjak kecil juga saya sangat suka berada dalam kumpulan koir. Dalam penglibatan saya dalam kumpulan koir, sering kali saya merasa kekurangan di dalam jiwa, iaitu tentang pilihan lagu, cara nyanyian dan sering tertanya apakah yang sedang saya nyanyikan?...Sehinggalah pada pada suatu masa baru-baru ini, Roh Kudus telah membisikkan dalam hati kecil saya, "Bagaimana Nyanyian dan Koir yang betul di mata Tuhan?"
 

Dari situlah pencarian saya bermula. Roh Kudus sangat mendengar. Dia banyak membawa saya lebih dekat kepada jawapan. Tempat pertama yang Dia bawa ialah pada Seminar Perbezaan Katolik dan Protestan di Pace Bene, Papar pada Ogos 2014 yang disampaikan oleh Deacon Dr. Sherman Kuek. Dari situ, barulah terbina sedikit rangka pencarian saya kepada Tubuh dan Peranan sebenar Nyanyian di dalam Misa Kudus. Saya juga telah menjumpai website yang sangat baik dan berguna bagi saya iaitu di  http://katolisitas.org/13142/sejarah-misa-kudus. Di sini, lebih jelas sedikit saya peroleh peranan Koir yang di bawa sejak zaman dahulu. Dan ciri-ciri Muzik Suci (Sacred Muzik) yang saya dapati dari http://adoremus.org/TraLeSollecitudini.html.

 Melalui semua ini, saya juga telah mencadangkan aktiviti Bengkel More Than Music yang akan diadakan dalam sekitar November tahun 2014. Semoga pembawaan Roh Kudus dan hasrat Allah Bapa dapat kelihatan, besarnya melalui bengkel ini. Dan kecilnya, dari perlakuan dan persahabatan saya dengan belia-belia kesayangan di sekeliling saya. Semoga Bonda Maria selalu mendoakan kita semua. Amin.


Ditulis oleh Emily Maikat.



 


KOIR DALAM MISA KUDUS

Wednesday, 15 October 2014




 Pada Majlis Makan Malam Rev. Fr. Federick Ben Raymond, dengan rahmat dan berkat Tuhan, ramai belia telah datang untuk memeriahkan majlis ini. Setiap belia mewakili chapel masing-masing telah menyediakan kek sebagai tanda terima kasih mereka kepada Rev. Fr. Federick. Belia generasi masa kini mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghadapi cabaran globalisasi. Justeru itu, peribadi setiap belia haruslah disemai dengan benih Kristus (Firman Tuhan) agar mereka menjadi berani dan setia untuk menjadi saksi Kristus.





KASIH KRISTUS MEMPERSATUKAN BELIA KOTA BELUD

 
Belia Saint Edmund Kota Belud © 2015 - Designed by