Thursday, 2 July 2015



Pesta Malam Cahaya Lilin diadakan setiap tahun di mana semua dominasi-dominasi  kristian yang ada di Kota Belud akan berkumpul dan memuji Tuhan bersama-sama. Pada tahun ini, Gereja Katolik telah menjadi tuan rumah untuk menganjurkan pesta yang penuh bermakna ini.

PESTA MALAM CAHAYA LILIN 2015

Thursday, 2 April 2015




 Persediaan belia-belia paroki kota belud untuk menghadapi  Pesta Malam Cahaya Lilin. Saksikan gambar-gambar ini.

PRA MALAM CAHAYA LILIN

Sunday, 30 November 2014

 


Program Bengkel "More Than Music" anjuran Tim Pelayanan Belia Paroki Kota Belud telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini tidak sia-sia dianjurkan kerana program ini telah memberi impak yang besar kepada pengetahuan belia mengenai muzik Liturgi. Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program ini dijalankan.


PROGRAM BENGKEL "MORE THAN MUSIC" ( 28-30 NOVEMBER 2014 )

Monday, 27 October 2014

  

Shallom dan Salam Keamanan. Suka saya berkongsi tentang pandangan saya sendiri yang telah lama melihat perubahan demi perubahan di dalam Gereja Katolik, khususnya di dalam Paroki St. Edmund Kota Belud. Dalam post ini, saya ingin menyentuh tentang 'Koir Misa Kudus'. Siapa dan apa tujuan dan peranan koir dalam Misa Kudus?



 Saya telah dilahirkan dalam keluarga Katolik, dan semenjak kecil saya melalui Misa Kudus dan semenjak kecil juga saya sangat suka berada dalam kumpulan koir. Dalam penglibatan saya dalam kumpulan koir, sering kali saya merasa kekurangan di dalam jiwa, iaitu tentang pilihan lagu, cara nyanyian dan sering tertanya apakah yang sedang saya nyanyikan?...Sehinggalah pada pada suatu masa baru-baru ini, Roh Kudus telah membisikkan dalam hati kecil saya, "Bagaimana Nyanyian dan Koir yang betul di mata Tuhan?"
 

Dari situlah pencarian saya bermula. Roh Kudus sangat mendengar. Dia banyak membawa saya lebih dekat kepada jawapan. Tempat pertama yang Dia bawa ialah pada Seminar Perbezaan Katolik dan Protestan di Pace Bene, Papar pada Ogos 2014 yang disampaikan oleh Deacon Dr. Sherman Kuek. Dari situ, barulah terbina sedikit rangka pencarian saya kepada Tubuh dan Peranan sebenar Nyanyian di dalam Misa Kudus. Saya juga telah menjumpai website yang sangat baik dan berguna bagi saya iaitu di  http://katolisitas.org/13142/sejarah-misa-kudus. Di sini, lebih jelas sedikit saya peroleh peranan Koir yang di bawa sejak zaman dahulu. Dan ciri-ciri Muzik Suci (Sacred Muzik) yang saya dapati dari http://adoremus.org/TraLeSollecitudini.html.

 Melalui semua ini, saya juga telah mencadangkan aktiviti Bengkel More Than Music yang akan diadakan dalam sekitar November tahun 2014. Semoga pembawaan Roh Kudus dan hasrat Allah Bapa dapat kelihatan, besarnya melalui bengkel ini. Dan kecilnya, dari perlakuan dan persahabatan saya dengan belia-belia kesayangan di sekeliling saya. Semoga Bonda Maria selalu mendoakan kita semua. Amin.


Ditulis oleh Emily Maikat.



 


KOIR DALAM MISA KUDUS

Wednesday, 15 October 2014




 Pada Majlis Makan Malam Rev. Fr. Federick Ben Raymond, dengan rahmat dan berkat Tuhan, ramai belia telah datang untuk memeriahkan majlis ini. Setiap belia mewakili chapel masing-masing telah menyediakan kek sebagai tanda terima kasih mereka kepada Rev. Fr. Federick. Belia generasi masa kini mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghadapi cabaran globalisasi. Justeru itu, peribadi setiap belia haruslah disemai dengan benih Kristus (Firman Tuhan) agar mereka menjadi berani dan setia untuk menjadi saksi Kristus.





KASIH KRISTUS MEMPERSATUKAN BELIA KOTA BELUD

Monday, 11 August 2014

 
Bengkel More Than Music ialah bengkel asas muzik, koir, instrument-instrumen muzik yang digunakan di dalam Misa Kudus serta pujian dan penyembahan. Bengkel ini dicadangkan kerana melihat kepada fenomena yang telah berlaku dan berdasarkan perbincangan Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) St. Edmund Kota Belud.
Apakah kata Gereja tentang Pelayanan muzik dalam Liturgi Gereja?
Menurut Katekismus Gereja Katolik, muzik liturgi ada peranannya di dalam liturgi. Ia memuliakan dan memuji Allah dengan cara yang tidak terungkap oleh kata-kata dan doa sahaja. Dalam Katekismus Gereja Katolik, ia menyatakan: Manakala kata-kata tidak cukup untuk memuji Allah, muzik dapat membantu. Ketika kita berpaling kepada Allah, selalu ada sesuatu yang tak terliksikan dan tidak mampu dirangkumi dengan kata-kata. Oleh itu, muzik dapat membantu…dalam pujian dan sukacita, bahasa berubah menjadi kidung… Itulah sebabnya para malaikat bernyanyi. Muzik dalam ibadat harus membuat doa lebih indah dan lebih kuat, menggugah hati semua yang hadir dan membawa mereka lebih dekat dengan Allah, dan menyiapkan bagi Allah suatu pesta alunan kidung… (KGK 1156-1168)

Selain itu, dalam Adoremus Bulletin iaitu dalam penulisan Pope Pius X iaitu Tra le Sollecitudini yang bertajuk Instruction on Sacred Music (Panduan kepada Muzik Suci) menyatakan bahawa muzik suci ialah sebahagian daripada liturgi solem, mengambil bahagian dalam skop umum liturgi, yang merupakan kemuliaan Allah dan pengkudusan da edifikasi kepada yang beriman. Ia memberi sumbangan kepada dekorum dan keindahan perayaan syurgawi, dan oleh kerana ia memakai pakaian melodi dan liturgikal teks yang bertujuan untuk pemahaman kepada yang beriman, tujuan utamanya ialah menambah keberkesanan teks, agar yang beriman dapat lebih mudah menuju kepada devosi dan lebih terbuka menerima buah kemuliaan di dalam perayaan misteri-misteri teragung.

Muzik suci haruslah secara berterusan memiliki, kualiti pada tahap tertinggi yang sesuai dengan liturgi, dan di dalam bentuk kemuliaan dan kebaikan, yang secara spontannya menghasilkan kualiti akhir yang universal. Muzik suci juga harus Suci, dan oleh itu, mengasingkan semua (profanity) bukan sahaja kepadanya, tetapi juga dalam cara ia dipersembahkan oleh pelakunya. Muzik suci juga haruslah benar, kerana jika tidak, adalah mustahil baginya untuk digunakan di dalam akal sesiapa yang mendengarnya yang bertujuan untuk memperolehi dan mengakui liturgi di dalam seni muzikal.

Apakah kata Gereja tentang Pelayanan koir dalam Liturgi Gereja?
Menurut GIRM 39: “Seorang yang bernyanyi berdoa ganda.” Muzik dan nyanyian di dalam misa bukan satu hiburan. Nyanyian kita adalah doa kita. Nyanyian juga menyatu dan memfokuskan seseorang individu (GIRM 39), justeru mendorong, “penglibatan di dalam tubuh dan roh yang penuh kesedaran, aktif, penuh dan didorong oleh iman, harapan dan kemurahan” (GIRM 18). Umat harus melibatkan diri di dalam nyanyian liturgi kerana bernyanyi adalah satu cara untuk mengungkapkan pemujaan kita bersama, dan kesatuan mendalam dengan Allah dan Gereja di dalam Kristus melalui Roh Kudus. (GIRM 39)

Apakah pula Gereja katakan tentang Pujian dan Penyembahan?
Gereja Katolik banyak membahaskan peranan Pujian dan Penyembahan ini di dalam Misa Kudus yang ‘kelihatan’ menjurus kepada budaya Protestan. Namun demikian, Pujian dan Penyembahan ini tidak digunakan di dalam Misa Kudus. Gerakan Karismatik Katolik menggunakan Pujian dan Penyembahan sebahagiaan di dalam perjumpaan atau Charismatics Meeting. Di dalam Pujian dan Penyembahan, terdapat lagu pembukaan atau ‘jemputan’ (invitation) dan seterusnya lagu-lagu pujian untuk memuliakan Tuhan dan berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan atas segala yang telah dilakukan untuk kita, dan seterusnya diakhiri dengan saat adorasi yang membuat minda kita lebih tertuju kepada Tuhan dan hati yang lebih sensitif kepada Firman Tuhan. Pujian dan Penyembahan tidak seharusnya merupakan paksaan atau kewajipan, tetapi merupakan perbuatan yang lahir dari keikhlasan dan secara spontan. Ia merupakan ekspresi sejati yang menunjukkan hati yang bebas dan penuh kesyukuran, yang ingin menyanyi dan berseru (bukan menjerit) kerana sukacita, untuk mengangkat tangan atau bertepuk tangan dan menari di hadapan Tuhan, dengan seluruh diri dan tubuh berada di dalam irama sukacita – tetapi bukan meliuk lentuk seperti di dalam filem.

Menurut Alkitab (Efesus 5: 19) “Hendaklah kamu penuh dengan Roh Kudus dan berkata-katalah seorang kepada yang lain dalam masmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Bernyanyi dan bersoraklah dengan segenap hati”.

Nyanyian juga merupakan doa. Malahan jika ia dinyanyikan dengan bersungguh-sungguh ia merupakan doa yang baik. Menurut Santo Agustinus (354-430), Barangsiapa bernyanyi, ia berdoa dua kali.

BENGKEL MORE THAN MUSIC

Monday, 10 March 2014


Tayangan video ini menceritakan perjalanan belia Paroki Kota Belud sebelum dan semasa PBK-12 yang bertempat di Penampang.


TAYANGAN VIDEO SEMASA PROGRAM R.I.C.H

 
Belia Saint Edmund Kota Belud © 2015 - Designed by